Saturday, 28 May 2011

Engkau yang menjadi idaman ku..

Bismillahirrahmanirrahim. Dengan nama Allah, aku menulis..



Lelaki idaman saya adalah seorang lelaki yang beriman  Yang hatinya disaluti rasa takqwa kepada Allah,   Yang jiwanya penuh penghayatan terhadap Islam,  Yang sentiasa haus dengan ilmu,  Yang sentiasa dahaga akan pahala  Yang solatnya adalah maruah dirinya  Yang tidak pernah takut untuk berkata benar.  

Yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu  Yang sentiasa bersama kumpulan orang-orang yang berjuang di jalan  Allah.  Lelaki idaman saya adalah lelaki yang menjaga tuturkatanya,  Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya,  Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya,  Yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang penyayang  Yang mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai musuh yang bersifat  jembalang  

Lelaki idaman saya adalah lelaki yang menghormati ibunya, Yang sentiasa berbakti kepada kedua orang tua dan keluarga Yang akan mendidik isteri dan anak-anak mendalami Islam, Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan Kerana dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat

Lelaki idaman saya sentiasa bersedia untuk menjadi imam. Yang hidup dibawah naungan Al-Quran dan mencontohi sifat Rasulullah, Yang boleh diajak berbincang dan berbicara Yang menjaga matanya dari berbelanja, Yang sujud penuh kesyukuran dengan rahmat Allah keatasnya 

Lelaki idaman saya tidak pernah membazirkan masa. Matanya kepenatan kerana penat membaca, Suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir, Tidurnya lena dengan cahaya keimanan Bangunnya subuh penuh kecergasan Kerana sehari lagi usianya bertambah penuh kematangan 

Lelaki idaman saya sentiasa mengingati mati Yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat, Yang mana buah kehidupan itu perlu dibaja dan dijaga Agar berputik tunas yang bakal menjadi baka yang baik Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian 

 Lelaki idaman saya adalah lelaki Yang tidak terpesona dengan buaian dunia Kerana dia mengimpikan syurga Di situlah rumah idamannya Dan dia ingin membawa saya bersama Dialah lelaki idaman saya 

 

P/s : dan dia juga menerima kerjaya aku sebagai Personal Wellness Coach, Herbalife.
insyaAllah..  =) 





Pesanan daripada pihak penaja. untuk entry ini, tiada perkataan "ASK ME NOW or ASK ME HOW, Harap maklum. 

No comments:

Post a Comment